Koperasi

Login Pengguna

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini84
mod_vvisit_counterMinggu ini1151
mod_vvisit_counterBulan ini6885

Pengunjung Semasa

We have 16 guests online

In order to view this object you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Powered by RS Web Solutions

Lagu_Kesatuan PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Thursday, 16 February 2012 09:13

 

KEMAHUAN TANGGA KEJAYAAN

Bermegah berdiri kami semua,

KKGLM Kesatuan kita,

Memajukan kepentingan ahlinya,

Bidang keguruan mulia.

Memesra hubungan majikan pekerja,

Mengerat hubungan ahli – ahli,

Berjuang menghapuskan sengketa,

Cara ikrab dan bijaksana.

Mari perjuangkan hak pekerja,

Sehingga kita Berjaya,

Namun begitu berwaspada,

Tanggungjawab pada negara.

Marilah bergerak berbakti,

Harumkan ibu pertiwi,

Kami warga berjuang bersopan,

Kemahuan Tangga Kejayaan.

 
Salam Maulidur Rasul PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Monday, 06 February 2012 09:47

KKGLMSM Mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul Kepada Semua Warga Pendidik Dan Seluruh Umuat Islam Di Malaysia.

 

maulidur_rasul

 

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W .buat ke sekian kalinya. Namun, cukupkah dengan perarakan, berzanji, bertahlil, ceramah dan sebagainya dapat menyatakan kasih sayang kita kepada nabi junjungan besar kita? Tentu tidak bukan.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Kita adalah خير امة! Umat yang terbaik! Jadi, kita ambil sedikit masa untuk merenungi sambutan Maulidur Rasul yang kita adakan pada setiap tahun. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya menbutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w


Last Updated on Wednesday, 08 February 2012 09:17
 
Sejarah Ringkas KKGLMSM PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Sunday, 29 January 2012 10:53

SEJARAH RINGKAS KKGLMSM

 

1. Tarikh Pendaftaran : 01hb. November 1962

2. Nama asal : Kesatuan Kebangsaan Guru - Guru Lepasan Maktab / Pusat Latihan Harian Malaysia Barat.

3. Yang Dipertua / Presiden & tarikh memegang jawatan :

  1. Tn. Hj. Ahmad Bin Ab. Rahman ( Perlis )
  2. En. Ali Bin Hashim ( Johor )
  3. Tn. Hj. Ramli Bin Johan ( Melaka )
  4. Tn. Hj. Kasim Bin Harun ( Johor )
  5. Tn. Hj. Muhammad Mustapha ( Kelantan - mulai 01.09.1992 - 31.12.2000 )
  6. En. Md. Bashah Bin Abd. Razak ( mulai 15.01.2001 - 15.09.2001 )
  7. Tn. Drs. Aziz Bin Sidek ( mulai 15.09.2001 hingga kini )

4. Ibu Pejabat :

  1. Muar, Johor
  2. Pada 01 April 1989n Ibu Pejabat telah dibuka di Kota Bharu, Kelantan.

5. Tukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru - Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia ( KKGLMSM ) pada 28 Mei 1979

6. Pada 09 April 1991 Tabung Kebajikan KKGLMSM telah didaftarkan.

7. Pada 20 Januari 1994 Koperasi KKGLM Malaysia  Berhad telah didaftarkan.

 

PRESIDEN KKGLMSM

  1. Tn. Hj. Ahmad Bin Abd. Rahman ( Perlis )
  2. Dato' Hj. Ali Bin Hashim ( Johor )
  3. Hj. Ramli Bin Johan ( Melaka )
  4. Tn . Hj. Kassim Bin Hj. Haron ( Johor )
  5. Tn. Hj. Muhammad Bin Mustapha ( Kelantan )
  6. En. Mohd Bashah Bin Abd. Razak ( Perak )
  7. Tn. Drs. Aziz Bin Sidek ( Johor )
  8. En. Ahmad @ Hamid Bin Hussin ( Terengganu )
  9. Tn. Hj. Jemale Bin Paiman ( Johor )

SETIAUSAHA AGUNG KKGLMSM

  1. En. Chew Choo Meng ( Selangor )
  2. Tn. Hj. Kassim Bin Hj. Haron ( Johor )
  3. Tn. Hj. Muhammas Bin Hj. Mustapha ( Kelantan )
  4. Tn. Hj. Hashim Bin Umar ( Melaka )
  5. Tengku Arshad Bin Long ( Terengganu )
  6. Tn. Hj. Awang Bin Mohmad ( Kelantan )
  7. Tn. Hj. Wan Hasan Bin Wan Abdullah ( Kelantan )
  8. En. Mohd Nasir Bin Othman ( Pulau Pinang )

 


Last Updated on Sunday, 29 January 2012 12:07
 
Happy Chinese New Year PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Monday, 16 January 2012 08:31

 

Selamat Tahun Baru Cina 2012 ( Tahun Naga)

KARTU_UCAPAN_IMLEK_03

Kepada semua rakyat Malaysia,
KKGLMSM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2012 kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.
Tahun Baru Cina di Tahun 2012 jatuh pada tarikh 23 Januari 2012 di Malaysia dan pada kalendar cina tepat jatuh pada tahun 2563. Ciri khas dari Imlek atau tahun baru China ini selalu dengan warna merah, mercun serta adanya angpao atau bagi-bagi wang di dalam sampul surat dari orang-orang tua kepada anak-anak yang lebih muda.



hcny

Last Updated on Monday, 16 January 2012 09:33
 
Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2012 PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Monday, 02 January 2012 08:35

sekolah

 

Assalamualaikum dari kami  Ibu Pejabat KKGLMSM.

Selamat Tahun Baru juga diucapkan kepada semua guru - guru dan semua pelajar di serata Malaysia.Diharapkan tahun baru ini menjadikan kita semua lebih dewasa dan mendorong kita agar berubah kearah kebaikan lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya..

Insyaallah...

Seperti yang kita sedia maklum,tahun baru telah pun kita kunjungi jadi sekarang tibalah masa untuk semua pelajar kembali ke sekolah... 3 Januari 2012 menjadi titik mula kepada semua memulakan tanggungjawab sebagai pelajar mahupun pengajar..Tidak lupa juga kita kepada anak - anak yang baru mendaftar diri sebagai seorang pelajar tahun 1..Sudah pasti pelbagai kerenah serta gelagat yang boleh kita saksikan..mahupun begitu ibu bapa tetap setia melayan kerenah anak -anak.

Bagi pelajar tahun 2 hingga tingkatan 5,ini masanya anda mulakan pelajaran dengan semangat yang baru setelah rehat beberapa minggu,pergi bercuti bersama keluarga,sekarang sesi persekolahan baru untuk anda.Tingkatkan usaha anda agar kejayaan diperolehi dengan cemerlang.Lebih cemerlang dari tahun - tahun yang lalu.

Bagi guru - guru pula,ada guru yang bertukar masuk dan bertukar keluar dari sekolah masing - masing.Selamat datang dan selamat maju jaya bertugas bersama dengan semangat yang baru,pasukan yang baru..

Selamat Kembali Ke sekolah 2012 semua.....!

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 1 of 7
Utama
Public Service Department
 
 
Copyright © 2012 :::Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia :::. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
 
     
 
   
Design by windows vista forum and energiesparlampen